Tuntutan bertindih mengenai Pulau Batu Puteh

Kedaulatan ke atas
Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
(Malaysia lwn. Singapura)
MahkamahMahkamah Keadilan Antarabangsa
Tarikh keputusan23 Mei 2008
RujukanSenarai Umum No. 130
TranskripProsiding bertulis
HakimAwn Shawkat Al-Khasawneh, Raymond Ranjeva, Shi Jiuyong, Abdul G. Koroma, Gonzalo Parra Aranguren, Thomas Buergenthal, Hisashi Owada, Bruno Simma, Peter Tomka, Ronny Abraham, Kenneth Keith, Bernardo Sepúlveda Amor, Mohamed Bennouna, Leonid Skotnikov, Pemmaraju Sreenivasa Rao (Hakim ad hoc yang dilantik Singapura) dan Christopher J.R. Dugard (Hakim ad hoc yang dilantik Malaysia)
Pendapat kes
Singapura mempunyai keadulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sementara Batuan Tengah milik Malaysia. Status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak.

Pertikaian mengenai status kedaulatan Pulau Batu Puteh mula tercetus pada tahun 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayah kita. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang) [1].

Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu Puteh. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.

Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan oleh pihak Malaysia. Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa [2] yang akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah milik Malaysia. Manakala status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan mana ia terletak [3].

  1. ^ Perenggan 20. Spotlight on Batu Puteh. New Straits Times. 2 Januari 2003. Dicapai 10 Disember 2006.
  2. ^ Hujah keenam Singapura gulung hujah Batu Putih. Utusan Malaysia. 21 November 2007
  3. ^ Perenggan 3 Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia Diarkibkan 2009-05-08 di Wayback Machine. Utusan Malaysia. 24 Mei 2008

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search